Khaw_Boon_Wan
Khaw_Boon_Wan

Khaw_Boon_Wan

Khaw Boon Wan (Cina ringkas: 许文远, Cina tradisional: 許文遠, Pinyin: Xǔ Wén Yuǎn, Pe̍h-ōe-jī: Khóo Bûn-uán; lahir 8 Disember 1952) adalah seorang ahli siasah Republik Singapura. Sejak Oktober 2015, beliau telah menjawat sebagai Menteri Penyelaras bagi Prasarana dan Menteri Pengangkutan. Beliau juga merupakan pengerusi bagi parti pemerintah semasa, Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak tahun 2011.[1][2] Sebelum ini, Encik Khaw memegang jawatan sebagai Menteri Kesehatan dari Ogos 2004 hingga Mei 2011 dan Menteri Pembangunan Negara dari Mei 2011 hingga September 2015. Beliau telah Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 2001.