Kerjaya Khir_Rahman

Teater

Memulakan langkah beliau dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman - teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila.

Beliau kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi. Beliau bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz[2].

Muzik

Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.

Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Salem dan sempat merakamkan lagu 'Pergimu Satu Tanda'[3]

Filem

Beliau akhirnya ditawarkan berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan beliau dalam filem itu, beliau menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.

Beliau sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama beliau mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil beliau dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.

Pengarahan

Sebagai seorang penulis cerita, beliau turut bersama - sama dalam menghasilkan filem Syaitan.

Peluang sebagai pengarah tiba apabila beliau ditawarkan oleh penerbit, Raja Azmi untuk mengarah filem kontroversi, ...Dalam Botol. Hasil pengarahan beliau, filem ini mendapat sambutan di luar negara dan menaikan nama beliau dalam bidang pengarahan.[4] Beliau seterusnya mengarahkan filem keduanya, drama romantik Balada Pencinta yang dibintangi oleh Johan As'ari dan Siti Saleha.[5]