King's Field (キングスフィールド) merupakan sebuah siri
permainan video berperanan konsol ciptaan
From Software yang telah diterjemah ke bahasa
bahasa Inggeris oleh
ASCII Entertainment (kini dikenali sebagai
Agetec). Siri ini terkenal dengan suasananya yang menyeramkan dan bermisteri di samping kawasan-kawasan sempit dan seakan-akan kurungan bawah tanah.
[1] Judul-judul di bawah siri ini telahpun dikeluarkan untuk
PlayStation,
PlayStation 2,
PlayStation Portable,
Microsoft Windows dan beberapa pelantar
telefon bimbit.
[2]King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation di
Jepun pada 16 Disember, 1994, iaitu 13 hari selepas
konsol PlayStation itu sendiri dijual di pasaran.[
perlu rujukan] Rekaan judul ini dalam gaya
3D penuh dan
perspektif orang pertama pada waktu itu dipuji dan selaras dengan itu telah menerima kritikan positif.[
perlu rujukan] Dua buah judul King's Field kemudiannya telah dikeluarkan dalam jangka masa yang singkat:
King's Field II dikeluarkan pada 21 Julai, 1995, dan
King's Field III pada 21 Jun, 1996.
King's Field IV dikeluarkan beberapa tahun kemudiannya untuk PlayStation 2 pada 4 Oktober, 2001.
[3] Sebuah judul yang berkait rapat dengan siri King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation 3 iaitu
Demon's Souls pada 5 Februari, 2009 di Jepun.