Kitab_Keluaran

Kitab Keluaran (Bahasa Ibrani: שְׁמוֹת‎ Shemot, Bahasa Yunani: ἔξοδος, translit. éxodos "keluaran", "berlepas"[1] - Bahasa Inggeris: Exodus) adalah kitab kedua di dalam Bible dipegang agama-agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku kedua di dalam kitab Taurat. Kitab ini dinamakan daripada cerita utama yang dikhabarkan dalamnya iaitu peristiwa keluarnya Bani Israel dari Mesir menyelamatkan diri daripada diperhambakan oleh Firaun. Watak utama di dalam kitab ini ialah Musa/Moses, orang yang dipilih Tuhan[2] untuk memimpin umatnya keluar. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi sepuluh perintah khusus diturunkan Tuhan.Menurut tradisi, Kitab Keluaran bersama dengan 4 kitab lain yang terkandung di dalam Torah Moses ditulis oleh Moses pada penghujung abad kedua sebelum Masihi. Pengkaji Bible moden berpendapat bahawa kitab ini telah ditetapkan susunannya pada lebih kurang tahun 450 sebelum Masehi.Walaupun para sejarahwan dan ahli arkeologi masih tidak menjumpai apa-apa bukti bagi mengesahkan isi yang terkandung di dalam kitab Keluaran [3], namun hasil galian uji kaji purba di Avaris, Mesir oleh Manfred Bietak telah menunjukkan petanda bahawa rangkaian peristiwa yang sama dengan isi kitab Kejadian, ini mungkin telah berlaku pada penghujung Dinasti yang ke-13 Mesir [4].