Asal Kkakdugi

Asal usul kkakdugi disebutkan dalam buku masakan yang bernama Joseon yorihak (조선요리학 朝鮮料理學, harfiah "Gastronomi Korea") ditulis oleh Hong Seon-pyo (홍선표) pada tahun 1940. Menurut buku itu, kkakdugi telah dicipta oleh Puteri Sukseon (숙선옹주 淑善翁主), anak perempuan Raja Jeongjo (r. 1776-1800) dan isteri Hong Hyeon-ju (홍현주 洪 顯周), seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi bergelar Yeongmyeongwi (영명위 永明慰). Apabila pengucapan tahniah berlaku kepada kerabat diraja, ahli-ahli keluarga diraja berkumpul untuk jamuan, dan puteri itu mempersembahkan hidangan baru yang dibuat dengan lobak dipotong dadu kepada raja. Raja itu sangat memujinya dan bertanya kepadanya tentang nama hidangan ini. Puteri tersebut menjawab bahawa hidangan itu tidak mempunyai nama kerana dia tidak sengaja membuatnya, tetapi mendapati bahawa rasanya sedap, jadi dia membawa hidangan baru itu ke istana. Raja menjawab bahawa hidangan itu akan dinamakan kkakdugi kerana potongan makanan menjadi kiub dipanggil ggakduk sseolgi (깍둑썰기) dalam bahasa Korea. Pada masa itu, kkakdugi dipanggil gakdokgi (각독기 刻毒氣) dan kemudian tersebar kepada rakyat jelata.[1]

Rujukan

WikiPedia: Kkakdugi http://food.chosun.com/site/data/html_dir/2012/07/... http://books.google.com/books?id=O-EUobx--p0C&pg=P... http://kimchi.munhwa.com/kimchi/src/world/KC_Make.... http://100.naver.com/100.nhn?docid=800799 http://100.naver.com/100.nhn?docid=800840 http://www.ohmynews.com/NWS_Web/view/at_pg.aspx?cn... http://www.schoolmeal.co.kr/dsd_bbs/view.php?id=ds... http://koreanfood.rda.go.kr/tf_srch/tf_detail.aspx... http://culturedic.daum.net/dictionary_content.asp?... http://web.archive.org/web/20061124132011/http://k...