Format Knowing_Bros_(rancangan_hiburan_Korea)

Brother School

Format semasa (dari episod 17) menggunakan konsep sekolah tinggi di mana ahli-ahli tetap berlakon sebagai pelajar sekolah tinggi dalam sebuah kelas sementara tetamu-tetamu jemputan hadir sebagai pelajar yang baru berpindah. Kebanyakan segmen dalam format ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pelajar sekolah biasa akan buat bersama-sama. Pada masa yang sama, rancangan ini akan kadang-kala mempelbagaikan bahagian akhir dengan segmen di luar konsep sekolah. Format ini telah menerima pujian dari penonton yang menyebabkan peningkatan kadar tontonan dan populariti rancangan ini selepas beberapa episod bersiaran.

Terdapat sekurang-kurangnya dua segmen, yang mentakrifkan format Brother School ini:

  • Entrance Application – segmen di mana tetamu mengisi borang permohonan terlebih dahulu di mana salah satu ahli tetap akan membaca dan yang lain-lain akan mengulas. Kemuncak segmen ini adalah pilihan tetamu untuk duduk bersama dengan ahli-ahli tetap yang beliau suka atau tidak suka.
  • Guess About Me – segmen di mana tetamu telah mempersiapkan beberapa soalan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri. Soalan-soalannya kadang-kala samar-samar atau amat peribadi di mana tetamu tidak pernah mendedahkan maklumat tersebut kepada orang ramai.

Setiap episod mungkin juga mempunyai segmen-segmen berikut, sama ada dalam, di antara, atau selepas segmen-segmen tetap di atas:

  • Second Period – satu segmen yang biasanya datang selepas segmen tetap dan berbeza antara tetamu. Dalam kebanyakan situasi, tetamu yang memberi cadangan aktiviti apa yang mahu dibuat. Ia mempunyai variasi aktiviti dari sesi kaunseling, kelas seni dan pendidikan jasmani.
  • Let's Play – segmen pendek apabila tetamu akan mencabar ahli tetap dalam satu permainan, yang tetamu rasa yakin untuk menang, biasanya oleh cara ortodoks seperti peraturan serta-merta. Tetamu biasanya akan mengakhiri cabaran ini dengan mengalahkan setiap ahli tetap secara berturut-turut.
  • Three No's (No Concept, No Basis, No Script) – satu segmen yang berkisar tentang sketsa pendek secara spontan di mana ahli tetap & tetamu tidak diberikan sebarang dialog atau jalan cerita. Mereka hanya boleh bergantung pada keseluruhan tema yang ditentukan pada minggu itu dan saat penting.
  • Music Class (Songstagram) – segmen di mana tetamu telah membuat satu daftar lagu dengan tema tertentu pilihan mereka. Segmen ini memfokuskan pada usaha ahli tetap dalam meneka lagu-lagu tesebut dalam urutan yang benar. Petunjuk, seperti tarikh pelancaran, ciri-ciri, atau "Permainan Jonghyun" yang telah diperkenalkan pada ep. 29 oleh mendiang Jonghyun (SHINee), di mana awal suku kata/not dari bait diberikan dengan irama digunakan untuk membantu ahli.
  • Lee Sang-min Time – diperkenalkan secara rasmi di ep. 56 dan sebelumnya dipanggil Choose Your Type, ia adalah satu segmen pendek di mana tetamu (biasanya yang perempuan) diberitahu oleh Lee Sang-min untuk memilih mana-mana ahli tetap (atau tetamu jemputan lelaki yang datang bersama) sebagai pasangan ideal mereka. Spesifikasi adalah agar semua anggota "setaraf" dari segi undang-undang, sosial ekonomi, & status awam; dan bahawa pilihan didasarkan hanya pada penampilan dan personaliti mereka.
  • Dancestagram – diperkenalkan secara rasmi di ep. 57 oleh Chanmi (AOA), tetapi dalam episod dengan Psy ia menjadi satu segmen di mana penerbit akan memainkan suku kata awal/not pertama dalam lagu tersebut dan mereka perlu teka tajuk, lagu dan tarian lagu tersebut.
  • 99 Seconds Teamwork Competition – satu segmen yang sering digunakan ketika sekumpulan besar tetamu hadir, seperti kumpulan idola. Setiap misi adalah berbeza setiap episod, tetapi pasukan ahli tetap dan pasukan tetamu perlu melengkapkan misi tersebut dalam 99 saat. Sekiranya satu pasukan berjaya melengkapkan misi ini, pasukan lawan akan diberi peluang untuk membaiki rekod mereka.
  • Classical Culture Class - satu segmen mendedikasikan budaya pop tentang generasi lalu.
  • Imagination Time - satu segmen yang bermula dengan memanaskan badan seperti melukis dari satu bentuk dan meneka perkataan yang dikatakan tanpa mengeluarkan suara. Kemuncak segmen ini adalah (Hangul: 상상력 시간) adalah Guess the Drama Line, ahli-ahli dan tetamu harus meneka apa dialog seterusnya dalam babak dari drama yang ditunjukkan kepada mereka.

Aspek penting dalam rancangan ini adalah penggunaan banmal (Hangul: 반말; "bahasa formal"), satu cara ucapan yang digunakan oleh semua orang tidak kira umur mereka atau senioriti, lalu mengabaikan peraturan bahasa Korea yang ketat, yang menekankan aspek senioriti dan hierarki sunbaehoobae dalam industri hiburan Korea. Bahasa tidak formal dan persekitaran yang kasual juga menggalakkan tetamu dan ahli-ahli tetap untuk berinteraksi antara satu sama lain seperti rakan-rakan sekolah buat, mendorong mereka untuk menjadi cukup selesa untuk mengusik satu sama lain.

Episod Istimewa

Episod-episod ini tidak mengikut format Brother School.

EpisodNamaTetamu
23Never-ending audition – Knowing GirlsI.O.I
34Brothers Club VS Sisters ClubLovelyz
44Girl Group LaboratoryDIA
51Duet Project – Universe CowardsMomo (Twice)
59Ultimate high school matchupCosmic Girls
71Promise fulfillment for achieved 5% ratings-
107, 108Question Solving PicnicOh My Girl
114, 115Knowing Bros Music Video BattleSong Eun-yi, Yoo Se-yoon, Hong Jin-young

Sebelum

NamaEpisodNota
Ask Us Anything1 - 13
107 - 108
Satu konsep di mana penonton boleh menjawab soalan-soalan yang dihantar dalam buletin rancangan ini yang ahli-ahli tetap boleh gunakan sepanjang pertandingan. Konsep ini kembali untuk 2 episod pada episod 107 & 108 untuk memperingati ulangtahun ke-2 rancangan ini.
Mental Victory Battle14 - 16Ia adalah fomat bual bicara/permainan. Formatnya seolah-olah diadakan atas dasar yang satu format yang stabil diperlukan dengan memanggil dua calon penghibur yang memerlukan kejayaan mental dan bermain satu konfrontasi logik dan memilih seorang pemenang. Kerana ini, ia adalah mustahil untuk keluar dari kritikan yang "old freshness" telah hilang dan menjadi cliche. Dalam salah satu segmen, mereka akan mulakan dengan "esteem up and down", penerbit akan menunjukkan sati gambar dan tetamu perlu beri tanda bagu atau tidak bagu dengan ibu jari, kemudian mereka harus menjelaskan sebab. Selepas mendengar, pengacara akan menekan butang untuk siapa yang memiliki lebih psikis.

Rujukan

WikiPedia: Knowing_Bros_(rancangan_hiburan_Korea) http://enter.jtbc.joins.com/jtbcbros/ http://jtbc5th.jtbc.joins.com/?cloc=jtbc%7Cbanner%... http://news.jtbc.joins.com/article/article.aspx?ne... http://news.jtbc.joins.com/html/136/NB11615136.htm... http://tv.jtbc.joins.com/jtbcbros/ http://tv.jtbc.joins.com/plan/pr10010392 http://isplus.live.joins.com/100sang/Candidate/c_s... http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://www.jtbcworldwide.com/format/detail?pgmMstS... http://www.koreadaily.com/news/read.asp?art_id=432...