Psy
Psy

Psy

Park Jae-sang (Bahasa Korea: 박재상, 朴載相; lahir 31 Disember 1977; umur 42 tahun), lebih dikenali dengan nama gelarannya sebagai PSY (Bahasa Korea: 싸이, IPA: [s͈ai]; Bahasa Inggeris: /ˈsaɪ/ SY-'), merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, rapper, penari, dan produser rakaman berasal dari Korea Selatan.[1] Beliau terkenal disebabkan video lawaknya dan pertunjukan pentasnya, dan telah muncul di pelbagai program televisyen, meliputi The Ellen DeGeneres Show, Extra, Good Sunday: X-Man, The Golden Fishery, The Today Show, dan Saturday Night Live. Video muziknya "Gangnam Style" adalah video K-pop paling banyak ditonton di YouTube, dan juga video yang paling banyak "disukai" di laman web tersebut.[2] Diterbitkan pada 15 Julai 2012, popularitinya terus meningkat dengan pesatnya dengan adanya video ini setelah lebih daripada 413 juta ditonton, dan lebih daripada 3.7 juta "disukai".[3]

Psy

Berasal dari Korea Selatan
Pekerjaan Penyanyi-penulis lirik, rapper, penari, produser, pelakon
Nama lahir Park Jae-sang (박재상, 朴載相)
Pengkarya berkait YG Family, Scooter Braun, MC Hammer
Instrumen Vokal, bersama SKK Team
Syarikat rakaman Bidman, LNLT Entertainment, YG Entertainment, YGEX, Avex Trax, Republic, Schoolboy
Laman sesawang www.psypark.com
Kelahiran (1977-12-31) 31 Disember 1977 (umur 42)
Daerah Gangnam, Seoul, Korea Selatan
Genre K-pop, hip hop, penari, hip house
Tahun aktif 1999–kini