Watak KochiKame

Balai Polis

Ryōtsu Kankichi (両津 勘吉)Lahir 3 Mac. Ketua Pegawai Rondaan Katsushika, berpangkalan di balai polis menghadap Taman Kameari. Berasal dari Asakusa, Taitō, Tokyo. "Ryo-san" ialah seorang pegawai polis yang berperangai budak belasan tahun. Kemalasannya ketika bertugas ditanggung dengan keghairahan dan kepandaian merancang skim cepat kaya yang hasilnya diboroskan dengan membeli mainan, alat-alatan dan hiburan murahan. Walaupun gaya hidupnya kurang berdisiplin, namun dia mempunyai kekuatan luar biasa yang sekali-sekali ada gunanya. Ryotsu yang bujang seolah-olah kurang berminat terhadap wanita, tetapi adakalanya mendapat perhatian kenalan wanita muda yang naif tanpa berjaya menjalin apa-apa hubungan. Dia menunggang basikal bernama Chidori.Nakagawa Keiichi (中川 圭一)Lahir 24 Disember. Seorang polis peronda yang muda dan tampan. Biarpun bertugas sebagai polis, Nakagawa berasal dari keluarga perniagaan yang kaya-raya, dan selalu terpaksa memandu kereta sport dan helikopter peribadi ke mesyuarat lembaga. Menawan, mahir memandu dan menembak, Nakagawa digilai oleh semua anggota polis wanita. NAmun begitu, anak emas ini agak kurang memahami cara hidup di dunia luar. Pakaian seragamnya ialah sut kuning berjalur halus bernilai ¥300,000 buatan Pierre Cardin. Sungguhpun sering diekori oleh wanita sepanjang waktu bertugas, Nakagawa kelihatan sering tidak mengendahkan kehadiran mereka. Dia benci memakan natto dan menggemari kereta Ferrari.Reiko Catherine Akimoto (秋本・カトリーヌ・麗子)Lahir 7 Julai. Serupa latarnya dengan Nakagawa, kekayaan Reiko diwarisi dari golongan bangsawan Eropah. Reiko terpaksa mengimbangi komitmennya kepada tugas polis dengan peranannya dalam golongan atasan. Ahli keluarga perniagaan Akimoto yang bertapak di bandar raya Kobe ini, adalah separuh berketurunan Perancis, dibesarkan di Amerika Syarikat, dan boleh bertutur dalam berbilang bahasa. Wajahnya diserikan dengan rambut perang berjela-jela dan pakaian seragamnya yang begitu comel, seolah-olah bidadari yang menawan. Reiko sering diiringi oleh lelaki yang kaya dan berpengaruh, tetapi belum menemui jejaka yang secocok dengannya. Reiko bertugas di jabatan pengangkutan dan memandu kereta Porsche.

Ōhara Daijirō (大原 大次郎)

Ketua Pegawai Rondaan Katsushika, dipertanggungjawabkan balai polis di hadapan Kameari Park. Polis senior yang bengis inilah orang atasn Ryotsu. Walaupun sering dijengkelkan oleh orang-orang suruhannya, namun dia sentiasa bersedia menghukum Ryotsu kerana malas. Antara hobi-hobi kegemarannya termasuk melatih judo, kendo, sado, menghias bonsai, dan seni kaligrafi. Dia menaiki bas atau tren ke balai.

Lain-lain

Ono Komachi (小野小町) dan Seishō Naoko (清正奈緒子)

Dua polis wanita yang gemar mengejek dan mempersenda Ryotsu. Hanya terdapat dalam versi anime.