Kokarde
Kokarde

Kokarde

Kokarde [ko-kar-dĕ] (pinjaman bahasa Belanda, Bahasa Inggeris: cockade) merupakan hiasan simpulan reben atau bahan seumpama yang dipakaikan sebagai hiasan pada topi. Ia pernah lazim di Eropah sebagai menandakan kesetiaan atau pangkat diri lagi-lagi dalam keadaan berpakaian seragam semasa berperang pada abad-abad ke-18 dan 19.[1][2]Apabila Perancis mula membina balatentera udaranya sendiri, para pesawat angkatan ini menerapkan simpulan kokarde negara sendiri dalam rekaan badan pesawat, peletakkan ini turut ditiru negara-negara lain semasa meletusnya Perang Dunia Pertama sehingga akhirnya dilazimkan sebagai lambang pengenalan pasukan udara masing-masing.

Berkaitan