Sejarah Kolonel_Yang_DiPertua

Dari segi sejarah Kolonel Yang DiPertua adalah ketua istiadat sesebuah rejimen, biasanya dari kalangan anggota kerabat diraja sesebuah negara Eropah. Amalan ini boleh dijejak dari tahun 1740 di Prusia apabila Raja Frederick II memegang jawatan ini didalam Garde du Corps yang baru diwujudkan, iaitu rejimen elit kavalri berat.[3]

Pada lewat abad ke-19 jawatan ini boleh diberikan kepada anak raja; wujud gambar anak perempuan Tsar Nicholas II dalam pakaian seragam rejimen mereka.[4] Kaiser Wilhelm II merangkul gelaran itu hingga ketahap ekstrim, memegang hingga berpuluh-puluh rejimen Jerman dan (melalui ihsan diplomatik) Austria-Hungary, British, Rusia, dan Portugis. Disamping itu, ibunya, isteri, anak lelaki, dan anak perempuan juga merupakan Kolonel Yang DiPertua atau timbalan Kolonel Yang DiPertua untuk pelbagai unit.[5]