Peranan Kolonel_Yang_DiPertua

Dalam penggunaan moden, Kolonel Yang DiPertua rejimen ialah (biasanya raja) penaung, yang mempunyai peranan istiadat dalam kehidupan rejimen. Mereka tidak mempunyai peranan operasi, atau hak untuk mengeluarkan arahan, tetapi dimaklumkan semua aktiviti penting rejimen dan membuat lawatan sekali-sekala ke unitnya. Tujuan utama Kolonel Yang Dipertua ialah mengekalkan hubungan langsung antara rejimen dan kerabat diraja.[petikan diperlukan] Sesetengah rejimen artileri mempunyai seorang Kapten Jeneral bagi mengganti Kolonel Yang Dipertua, namun jawatan itu adalah sama.

Posisi Kolonel Yang Dipertua berbeza daripada jawatan istiadat rejimen yang lain seperti Kolonel Rejimen dan Kolonel Kehormat, yang biasanya datang dari pegawai tentera bersara atau tokoh awam yang ada kaitan dengan rejimen.

Kolonel Yang Dipertua dilantik atas jemputan rejimen. Adalah menjadi tradisi bagi tokoh diraja memegang posisi itu,[6] dan adalah atas budi bicara rejimen atau kor untuk menjemput mereka.

Setakat tahun 2015, sebahagian besar Kolonel Yang Dipertua dalam Tentera Darat British adalah anggota Keluarga Diraja British. Walau bagaimanapun, dua raja asing memegang posisi[petikan diperlukan]:

Winston Churchill memeriksa Rejimen Kavalri Queen's Own Hussars, yang mana beliau adalah Kolonel Yang Dipertuanya, di Itali semasa tahun 1944

Pada masa lampau tiada tokoh diraja yang pernah pegang, atau dijemput pegang, jawatan Kolonel Yang Dipertua. Duke Wellington merupakan Kolonel Yang Dipertua rejimennya sendiri, manakala Winston Churchill adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Kavalri Queen's Own Hussars, iaitu rejimen yang beliau pernah berkhidmat sebelum memasuki politik. Gabenor Jeneral Kanada Adrienne Clarkson telah dijemput menjadi Kolonel Yang Dipertua Rejimen Infantri Ringan Kanada Princess Patricia,[7] sementara Kor Perubatan Tentera Darat Diraja Australia mengambil keputusan untuk meminta Gabenor Jeneral Australia menjadi Kolonel Yang Dipertuau.[8] Pengecualian ini, bagaimanapun, tidak mengubah maksud sebenar jawatan tersebut, iaitu bertindak sebagai penghubung peribadi antara rejimen dan Raja.[petikan diperlukan]

Peranan ini telah berkembang ke tentera darat lain dalam Negara-Negara Komanwel, sekurang-kurangnya di negara yang mempunyai keluarga diraja.