20,000 anggota Hamas di Gaza
[5]Cedera: 311 (233 askar
[8], 78 orang awam
[9][10]Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada
konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (
Bahasa Ibrani: מבצע עופרת יצוקה, Mivtza Oferet Yetzuka,
Bahasa Arab: عملية الرصاص المصبوب atau عملية الرصاص المسكوب) oleh
Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur
Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (
Bahasa Arab:
مجزرة غزة) di kalangan kebanyakan negara di
dunia Arab.
[15][16][17][18][19][20][21].Selepas tamatnya
perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di
Genting Gaza,
Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan
roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan
pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.
[22][23][24] [25][26]Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang
F-16 dan
helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan
roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah
konflik Israel-Palestin.
[27] Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.
[28]Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah
balai polis,
penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza,
Bandar Gaza,
Beit Hanoun di utara,
Khan Younis dan
Rafah di selatan.Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.