Kong:_Skull_Island

Kong: Skull Island ialah filem raksasa Amerika 2017 yang diarahkan oleh Jordan Vogt-Roberts dan ditulis oleh Dan Gilroy, Max Borenstein dan Derek Connolly, berdasarkan cerita oleh John Gatins. Filem ini ialah reboot francais King Kong dan merupakan filem kedua dalam Legendary MonsterVerse. Filem ini dibintangi senarai pelakon yang terdiri daripada Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, John Goodman, Brie Larson, Jing Tian, ​​Toby Kebbell, John Ortiz, Corey Hawkins, Jason Mitchell, Shea Whigham, Thomas Mann, Terry Notari dan John C. Reilly. Filem ini berkisarkan kisah sekumpulan saintis dan tentera Perang Vietnam yang membuat pengembaraan ke sebuah pulau yang belum diterokai di Lautan Pasifik lalu menghadapi makhluk menakutkan dan sang Kong.Penggambaran utama bermula pada 19 Oktober 2015, di Hawaii dan pelbagai lokasi di seluruh Vietnam. Kong: Skull Island ditayangkan pada 28 Februari 2017, di London dan telah dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 10 Mac 2017, dalam 2D, 3D, IMAX 3D dan dalam Cinemas Dolby. Filem ini mendapat ulasan umumnya positif daripada pengkritik dan telah mendapat pulangan lebih $ 397 juta di seluruh dunia, berbanding belanjawan $185 juta.