Konjak
Konjak

Konjak

Konjak atau ubi konjak, dengan nama saintifik Amorphophallus konjac (sin. A. rivieri)[1] ialah spesies tumbuhan dari Asia Tenggara dan Timur, yang mempunyai umbisi yang boleh dimakan (umbi bebawang). Ia tempatan dari Yunnan di China dan ditanam di tropika dan subtropika Asia Tenggara dan Timur yang hangat, iaitu dari selatan Jepun dan China ke Indonesia dan Vietnam (zon ketahanan USDA 6-11). Ia tumbuhan saka yang tumbuh daripada umbisi besar lebih 25 cm (10 in) garis pusat. Daun tunggalnya lebih 1.3 m (4 ka) melintang, bipinat, dan terpecah menjadi banyak daun kecil.[2] Bunganya muncul pada tongkol bunga yang dilitupi seludang ungu gelap lebih 55 cm (22 in) panjang.Makanan yang dibuat daripada umbisi tumbuhan ini disebut dengan meluas dengan nama Jepunnya, "konnyaku" (penganan ubi).[3] Ia dimasak dan dimakan terutamanya di Jepun dan Korea. Dua bentuk dasar penganan ini ialah yang putih dan hitam. Mi khas yang dibuat daripada konnyaku dipanggil shirataki.