Konnyaku
Konnyaku

Konnyaku

Konnyaku  (Nama spesies: Amorphophallus konjac; lu. A. rivieri Jepun: 蒟蒻/菎蒻; こんにゃく; konnyaku; Bahasa Korea: 곤약; gonyak; Bahasa Cina: 蒟蒻; Pinyin Mandarin: jǔruòJyutping: geoi2 joek6) ialah sejenis tumbuhan daripada genus Amorphophallus.Habitat asal tumbuhan ini di kawasan subtropikal hingga tropika timur Asia, dari Jepun dan selatan China hingga ke Indonesia (ketahanan USDA Zon 6-11). Ia ialah tumbuhan saka yang mampu membesar dari umbisinya sehingga berdiamater 25 m (10 inci). Daunnya boleh melebar sehingga 1.3 m (4 kaki), bipinat, serta dibahagi menjadi banyak dedaun yang kecil.[2] Bunganya tumbuh daripada seludang tertutup berwarna ungu gelap sehingga sepanjang 55 m (22 in).Makanan yang dibuat daripada umbisi tumbuhan ini turut dikenali dengan nama konnyaku yang dimasak dan dimakan terutamanya di Jepun, sama ada berwarna putih atau hitam. Mi juga dibuat dari konnyaku, iaitu shirataki.