Takrifan Konsonan_sengauan

Dari segi akustik, konsonan sengauan merupakan sonoran, iaitu tidak menyekat pengeluaran udara. Konsonan sengauan hampir sentiasa bersuara dalam semua bahasa yang ada konsonan sengauan di dunia, kecuali bahasa Iceland dan bahasa Wales yang ada konsonan sengau tak bersuara.

Konsonan sengauan juga berartikulasi hentian kerana aliran udara melalui mulut disekat sepenuhnya. Udara keluar melalui hidung sambil halangan dalam mulut, bererti hentian sengauan itu bersifat sonoran dan obstruen secara serentak. Bagi tujuan penerangan akustik, konsonan sengauan secara amnya dianggap sonoran, tetapi dalam kebanyakan bahasa boleh berkembang daripada atau menjadi konsonan letupan.

Secara akustik lagi, konsonan sengau berjalur tenaga sekitar 200—2,000 Hz.

IPAHuraianSAMPAContoh
BahasaPerkataanSebutanErti
[m]Sengauan dwibibir bersuara[m]Melayumakan/makan/
[ɱ]Sengauan bibir-gigi bersuara[F]Czech[tramvaj] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[ˈtraɱvaj]tram
[n̪]Sengauan gigi[n_d]Perancis[connexion] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)[kɔɛksjɔ̃]sambungan
[n]Sengauan gusi atau gigi[n]Melayuini/ini/
[ɳ]Sengauan gelungan bersuara[n`]Hindiणे[ɡəɳeʃ]Ganesha
[ɲ]Sengauan lelangit bersuara[J]Melayuhanya/haɲa/
[ŋ]Sengauan velar bersuara, biasanya ditulis ng.[N]Melayusiang/siaŋ/
[ɴ]Sengauan uvular bersuara[N\]Jepun富士山 (fujisan)[ɸudʑisaɴ]Gunung Fuji