Kontroversi_ucapan_Mat_Sabu_2011
Kontroversi_ucapan_Mat_Sabu_2011

Kontroversi_ucapan_Mat_Sabu_2011

Kontroversi ucapan Mat Sabu 2011 muncul berikutan ucapan pemimpin PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011, kira-kira 10 hari sebelum ulang tahun kemerdekaan Malaysia . Petikan ucapan itu yang turut disiarkan dalam Youtube itu tentang pejuang atau pengganas terhadap Mat Indera dan 200 ahli Parti Komunis Malaya yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong di selekoh Sungai Muar pada 23 Februari 1950. [1]Beliau berkata :Peristiwa Bukit Kepong berlaku kira-kira tujuh tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dari penjajah British, tiga tahun selepas darurat diisytiharkan dan lima tahun selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II. Kejayaan PKM di Bukit Kepong disusuli pembunuhan Pesuruhjaya British , Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 di Gap, Bukit Fraser. Rundingan Baling pada 28 Disember 1955 nyata gagal meredakan perjuangan komunis. Kemuncak ancaman komunis (1948-1960) memaksa British membawa dan melatih 500,000 tentera dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan menentang 7000 ahli PKM.Ucapan Mat Sabu itu bukanlah perkara baru tetapi dibangkitkan sejak sekian lama. Malahan perubahan sukatan pelajaran di Jepun mencetuskan kontroversi hampir serupa di negara itu.

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi_ucapan_Mat_Sabu_2011 http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/01/karpal... http://www.malaysiakini.com/news/174328 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Enggant... http://books.google.com.my/books?ei=mFtsTuyODsiGrA... http://books.google.com.my/books?id=orKI2lWi7aIC&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...