Kor
Kor

Kor

Kor (Corps) (/ˈkɔər/ "core"; bentuk jamak dieja sama seperti singular tetapi disebut /ˈkɔərz/ "cores"; dari Bahasa Perancis, dari bahasa Latin corpus "pasukan") ialah sebuah formasi tentera yang besar terdiri daripada dua atau lebih divisyen, atau sebuah perkumpulan pentadbiran tentera didalam angkatan tentera dengan fungsi yang sama, seperti Artileri atau Semboyan. Kor juga boleh merujuk kepada unit tertentu atau cabang perkhidmatan tertentu, seperti Kor Marin Amerika Syarikat, Kor Marin Diraja, Kor Kehormat Bersenjata, atau Kor Komisioner.Istilah tentera kemudiannya diterima pakai bagi organisasi perkhidmatan awam dengan struktur pemerintahan separa tentera, organisasi perkhidmatan sukarelawan awam, seperti Kor Keamanan, pelbagai kor ambulans, beberapa NGO (Pertubuhan bukan kerajaan), dan organisasi sukarelawan sivik yang lain. Oleh kerana penggunaan istilah ini, ia juga telah berkembang ke beberapa organisasi sivik atau sukarelawan lain yang kekurangan struktur separa tentera.