Negara bukan sekutu:Negara bukan lawan:Kor Pengawal Revolusi Islam (
IRGC) (
Bahasa Parsi: سپاه پاسداران انقلاب اسلامی, translit. Sepâh-e Pâsdârân-e Enghelâb-e Eslâmi,
lit. 'Tentera Pengawal Revolusi Islam' atau singkatan
Sepâh) adalah cabang perkhidmatan
Angkatan Tentera Iran, ditubuhkan selepas
Revolusi Iran pafa 22 April 1979
[3] atas arahan Ayatollah
Ruhollah Khomeini.
[4] Sewaktu
Tentera Iran mempertahankan sempadan
Iran dan mengekalkan ketenteraman dalam negeri, menurut
Perlembagaan Iran, Pengawal Revolusi (pasdaran) diberi tugas melindungi
sistem politik republik Islam negara.
[5] Pengawal Revolusi menyatakan bahawa peranan mereka dalam perlindungan sistem Islam ialah menghalang campur tangan asing serta
rampasan kuasa oleh pihak tentera atau "pergerakan sesat".
[6]Pengawal Revolusioner mempunyai kira-kira 125,000 askar termasuk pasukan darat, aeroangkasa dan laut. Angkatan lautnya kini menjadi ketumbukan utama yang ditugaskan dengan kawalan operasi terhadap
Teluk Parsi.
[7] Ia juga mengawal militia
separa tentera Basij yang mempunyai kira-kira 90,000 anggota aktif.
[8][9] Pasukan medianya adalah Sepah News.
[10]Sejak dari asal-usulnya sebagai militia yang berasaskan ideologi, Tentera Pengawal Revolusi Islam telah mengambil peranan yang lebih besar dalam semua aspek
kebudayaan Iran. Peranan sosial, politik, ketenteraan dan ekonomi diperluaskan dibawah pentadbiran Presiden
Mahmoud Ahmadinejad —terutama semasa
pilihan raya Presiden Iran 2009 dan tindakan menyekat
bantahan pasca-pilihan raya—telah menyebabkan ramai penganalisis
Barat berpendapat bahawa kuasa politiknya telah melampaui walaupun
sistem ulama Syiah negara.
[11][12][13][14]Panglima Tentera Pengawal sejak tahun 2019 ialah
Hossein Salami[15] yang menggantikan
Mohammad Ali Jafari dan
Yahya Rahim Safavi dari tahun 2007 dan 1997.
[16]IRGC ditakrifkan sebagai sebuah
organisasi teroris oleh kerajaan
Bahrain,
Arab Saudi dan
Amerika Syarikat.
[17][18]