Korea_Utara_dan_senjata_pemusnah_besar
Korea_Utara_dan_senjata_pemusnah_besar

Korea_Utara_dan_senjata_pemusnah_besar

Korea Utara mendakwa memiliki senjata nuklear. Selain itu, CIA mendakwa ia mempunyai simpanan senjata kimia yang agak banyak. Korea Utara pernah menjadi anggota kepada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear tetapi menarik diri pada 2003, dengan alasan kegagalan Amerika Syarikat menepati tanggungjawabnya dalam Rangka Persetujuan, satu persetujuan 1994 antara kedua negara untuk menghadkan cita-cita nuklear Korea Utara, memulakan pemulihan hubungan, dan membantu Korea Utara menyediakan sebahagian keperluan tenaga melalui reaktor nuklear.Pada 9 Oktober 2006, kerajaan Korea Utara mengumumkan yang ia telah berjaya menjalankan ujian nuklear buat kali pertama. Kedua-dua Pemantauan Geologi Amerika Syarikat dan pihak berkuasa seismologi Jepun mengesan satu gempa bumi dengan magnitud anggaran awal 4.3 di Korea Utara, membenarkan sebahagian aspek dakwaan Korea Utara.[1]Pada April 2009, terdapat laporan yang Korea Utara telah menjadi "kuasa nuklear penuh", satu pendapat yang dikongsi Ketua Pengarah IAEA Mohamed ElBaradei.[2] Pada 25 Mei 2009, Korea Utara menjalankan satu lagi ujian nuklear, yang dipercayai merupakan punca gempa bumi berukuran 4.7.[3]