Koordinat:
39°54′53″N 116°23′26″E / 39.91472°N 116.39056°E / 39.91472; 116.39056Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi
maharaja China yang mula digunakan semasa
Dinasti Ming sehingga akhir
Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota
Beijing,
China, yang kini menempatkan
Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik
[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh
senibina agam China tradisional,
[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di
Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai
Tapak Warisan Dunia pada 1987,
[2] dan disenaraikan oleh
UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di
Muzium Istana Kebangsaan di
Taipei,
Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa
Perang Saudara China.