Kuala_Kangsar
Kuala_Kangsar

Kuala_Kangsar

Kuala Kangsor merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri.Aktiviti ekonomi utama terdiri daripada aktiviti pertanian.Terdapat 10 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu: