Kuarantin_Sepanyol_2020

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan jumlah kes-kes COVID-19, kerajaan Sepanyol mengisytiharkan darurat dan mengumumkan bahawa ia akan mengenakan kuarantin peringkat kebangsaan pada 15 Mac 2020[1] sebagai sebahagian daripada langkah-langkah kecemasan untuk memerangi wabak koronavirus di negara itu.[1][2] Semua penduduk akan diperintahkan untuk tinggal di kediaman biasa mereka kecuali untuk keperluan membeli makanan dan ubat-ubatan, bekerja atau menghadiri keadaan kecemasan.[3][4] Sekatan penduduk merangkumi penutupan sementara kedai dan perniagaan yang tidak penting termasuk bar, restoran, kafe, panggung wayang, perniagaan komersial dan runcit.[1]Pengumuman itu dilakukan berikutan peningkatan ketara dalam jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Sepanyol meningkat sebanyak 66% daripada 3,146 kes kepada 5,232 kes pada 13 Mac 2020 sahaja.[5]"Keputusan luar biasa", menurut Perdana Menteri Pedro Sánchez, diperlukan oleh Sepanyol untuk menangani "krisis kesihatan, sosial dan ekonomi".[1]

Kuarantin_Sepanyol_2020

Tarikh 15 Mac 2020 – kini
Matlamat Untuk memerangi wabak COVID-19 di Sepanyol
Lokasi Sepanyol
Hasil Sekitar 47 juta dikuarantin di (seluruh Sepanyol)
Punca Pandemik COVID-19
Kaedah Sekatan perjalanan dan pergerakan, larangan acara awam, penutupan perniagaan komersil dan runcit, penutupan sekolah dan universiti sehingga 30 Mac serta larangan lain