Kuarantin

Kuarantin, istilah perubatan (asal bahasa Itali: quaranta giorni, empat puluh hari) adalah tindakan mengasingkan manusia atau haiwan untuk tempoh tertentu sebelum, sebagai contoh, membenarkan mereka memasuki negara lain. Dengan melaksanakan tindakan ini, ia mungkin bagi menghadkan penyebaran penyakit.Sebagai contoh, disebabkan risiko menyebarkan penyakit anjing gila daripada Benua Eropah, United Kingdom pernah menetapkan semua anjing (dan, sesungguhnya, kebanyakan haiwan) yang diperkenalkan di negara tersebut untuk dikuarantin selama enam bulan di tempat kurungan paun Kastam dan Eksais Diraja; polisi ini dimansuhkan pada permulaan abad ke-21 dan digantikan dengan skim yang dikenali sebagai Pasport Peliharaan, di mana haiwan boleh mengelakkan kuarantin sekiranya mereka mempunyai dokumen menunjukkan ia diberikan vaksin terkini yang bersesuaian.Dalam kes manusia, kuarantin biasanya menimbulkan persoalan hak awam (civil rights), terutamanya dalam kes kurungan atau pengasingan yang lama dari masyarakat, seperti kes Mary Mallon, (pembawa Asymptomatic deman typhoid).Kuarantin juga digunakan sebagai istilah umum bagi pengadangan (seperti pengadangan laut yang berlaku dalam krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1960-an) atau untuk menghalang capaian sistematik kepada sesuatu sumber. Dalam sains komputer, ia digunakan bagi menamakan prosedur mengasingkan virus komputer kedalam (directory) khusus, sehingga sesuatu boleh dilakukan mengenainya tanpa membahayakan fail lain dalam cakera.