Sejarah Kuarza

Nama "kuarza" berasal daripada perkataan bahasa Jerman, "Quarz", yang berasal pula daripada bahasa Slavik (pelombong-pelombong Czech menggelarnya křem). Bagaimanapun, sumber-sumber yang lain mendesak bahawa nama ini berasal daripada perkataan Saxon, "Querkluftertz", yang membawa pengertian "bijih telerang silang".

Kuarza ialah bahan yang paling biasa dicamkan sebagai bahan mistik, maban, dalam mitologi orang asli Australia. Ia sering dapat ditemukan di dalam kubur-kubur laluan di Eropah dalam konteks pengebumian, umpamanya Newgrange, atau Carrowmore di Ireland. Perkataan untuk kuarza dalam bahasa Ireland ialah grian cloch yang membawa maksud "batu matahari".

Pliny si Lebih Tua, ahli alamiah Rom, mempercayai bahawa kuarza merupakan ais yang beku selama-lamanya. Beliau menyokong gagasannya dengan mengatakan bahawa kuarza telah ditemukan berhampiran dengan glasier-glasier di Pergunungan Alp dan bahawa hablur-hablur kuarza yang besar berbentuk sfera untuk mendinginkan tangan. Pliny juga tahu akan keupayaan kuarza untuk menyebarkan cahaya menjadi sebuah spektrum.

Kajian Nicolas Steno tentang kuartza membuka jalan untuk kristalografi moden. Beliau menemui bahawa walau bagaimana pun hablur kuarza diherotbenyokkan, segi-segi prisma yang panjang selalu mewujudkan sudut 60 darjah yang sempurna.

Charles Sawyer mereka proses perkilangan hablur kuarza komersil di Cleveland, Ohio di Amerika Syarikat. Ini memulakan peralihan daripada penggunaan kuarza dilombong dan dipotong kepada penggunaan kuarza buatan kilang untuk alat-alat elektrik.

Pengayun atau penyalun kuarza dikembangkan buat pertama kali oleh Walter Guyton Cady pada tahun 1921, manakala George Washington Pierce mereka bentuk dan mempatenkan pengayun-pengayun hablur kuarza pada tahun 1923. . Kemudian, Warren Marrison mencipta jam pengayun kuarza yang pertama berdasarkan hasil kerja Cady dan Pierce pada tahun 1927.

Hablur-hablur kuarza berkutub putar (sila lihat pengutuban berputar) dan berupaya memutarkan satah pengutuban cahaya yang melintasinya. Hablur-hablur tersebut juga berpiezoeletrik tinggi dan dikutubkan dengan cas negatif pada satu hujung serta cas positif pada hujung yang lain apabila dikenakan tekanan. Ia akan bergetar jika dipasang dengan arus ulang-alik elektrik dan oleh itu, hablur-hablur kuarza sering dipergunakan dalam bidang perdagangan untuk membuat tolok tekanan, pengayun, penyalun, serta jam tangan.

Rujukan

WikiPedia: Kuarza http://labs.sci.qut.edu.au/minerals/mineral%20gene... http://www.hrw.com/science/si-science/chemistry/ca... http://www.hrw.com/science/si-science/chemistry/ca... http://www.hrw.com/science/si-science/chemistry/ca... http://www.hrw.com/science/si-science/chemistry/ca... http://rockhoundingar.com/quartz.html http://www.quartzpage.de/ http://www.mindat.org/min-3337.html http://www.minsocam.org/MSA/collectors_corner/arc/... https://goby.nrl.navy.mil/branch/UFFC_Archive/cd01...