Kumpulan_Formula_Satu

Formula Satu musim 2013Sejarah Formula Satu
Peraturan Formula Satu
Kereta Formula Satu
Enjin Formula Satu
Perlumbaan Formula Satu
Masa depan Formula SatuGrand Prix · Litar
Sistem kiraan mata
Enjin · Warna negara
Lambang tajaan
Bendera perlumbaan · Orang
Penyiaran TV
Kemalangan maut
Pemandu (Kemenangan)
Pengeluar (Kemenangan)
Tayar · PerlumbaanKumpulan Formula Satu (Bahasa Inggeris: Formula One Group) ialah segugusan syarikat yang bertanggungjawab terhadap promosi Kejohanan Dunia Formula Satu FIA dan eksploitasi hak-hak komersial sukan ini.[1] Kumpulan ini adalah milik mutlak Delta Topco, sebuah syarikat yang bertapak di Jersey milik dana CVC Capital Partners (kira-kira 70%) dan JPMorgan (kira-kira 20%). Amanah keluarga Bernie Ecclestone memiliki saham selebihnya di samping saham-saham kecil yang dipegang oleh penasihat kewangan dan Ecclestone sendiri.[2]Pokoknya, "Formula One Group" hanya memaksudkan Formula One Management, Formula One Administration dan Formula One Licensing BV,[3] yang merupakan anak-anak syarikat Formula One Holdings. Namun begitu, Delta Topco memiliki perniagaan Formula Satu yang juga dipanggil Formula One Group.