Trivia Kumpulan_Innuendo

  • Menerusi album pertama mereka, Innuendo telah mendapat jolokan Boyz II Men Malaysia berikutan paduan suara berharmoni mereka yang mantap.
  • Pada awal tahun 1998 Innuendo bersama kumpulan hip hop Poetic Ammo telah diundang mengadakan persembahan di London oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di sana.
  • Penyanyi Camelia mengundang Innuendo untuk berduet dalam lagu berjudul Akhirnya. Lagu tersebut dimuatkan dalam album kedua Camelia pada tahun 1999.
  • Pot pernah mencipta lagu untuk Dato' Siti Nurhaliza berjudul Kau Ku Sayang dan dimuatkan dalam album Siti, Safa pada awal tahun 2001. Lagu tersebut kemudiannya dirakam semula oleh Innuendo sendiri dengan judul Tidur Sayang dan dimuatkan dalam album BrandNuEndo pada hujung tahun 2001.
  • Reymee kini bergelar usahawan dan menguruskan perniagaan selepas Innuendo berpecah.
  • Taj menerbitkan sebuah buku hasil tulisannya sendiri berjudul Hitamputih pada tahun 2011.
  • Sam telah menyertai program realiti Gegar Vaganza pada tahun 2014 tetapi tersingkir di minggu kedua.