Kumpulan_Tentera_Darat_Courland

Kumpulan Tentera Darat Courland (Bahasa Jerman: Heeresgruppe Kurland) adalah sebuah kumpulan tentera darat Jerman di Barisan Timur yang telah ditubuhkan dari saki-baki Kumpulan Tentera Darat Utara, telah di pencilkan di Semenanjung Courland oleh kemaraan Tentera Merah dalam Penyerangan Baltik tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua. Kumpulan tentera darat tersebut kekal terpencil sehingga akhir Perang Dunia II di Eropah. Semua unit Kumpulan Tentera Darat telah diarah menyerah kalah ekoran daripada perletakkan senjata pemerintahan Wehrmacht pada 8 Mei 1945.Setelah dipersetujui bagi semua angkatan tentera Jerman untuk menamatkan permusuhan (lihat Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman), Tentera Darat Ke-16 dan Tentera Darat Ke-18 Kumpulan Tentera Darat Courland, yang diperintah oleh Jeneral Infantri Carl Hilpert, menamatkan permusuhan pada jam 23:00, 8 Mei 1945, menyerahkalah kepada Leonid Govorov, Panglima Barisan Leningrad. Menjelang pagi 9 Mei 1945 189,000 askar Jerman, termasuk 42 pegawai jeneral, didalam Kelompok Courland telah menyerah diri.[1]