Sejarah Kumpulan_Tentera_Darat_Courland

Penamaan

Stem yang digunakan dalam kelompok Courland (1945)

Pengumpulan trup yang dinamakan Kumpulan Tentera Darat Courland telah dicipta apabila Tentera Merah menghampiri Laut Baltik berhampiran sungai Memel pada hari selasa, 10 Oktober 1944.

Hasilnya, apa yang dikenali ketika itu sebagai Kumpulan Tentera Darat Utara telah terputus di Latvia dari keseluruhan Tentera Darat Jerman, dan terus kekal terputus sehingga perang berakhir. Kira-kira 200,000 askar Jerman dalam 26 divisyen terperangkap didalam apa yang dikenali sebagai Kelompok Courland. Kumpulan Tentera Darat Courland kekal wujud sehingga berakhirnya perang di Eropah.

Kumpulan Tentera Darat Courland telah diwujudkan pada 25 Januari 1945, apabila diktator Jerman Adolf Hitler menamakan semula Kumpulan Tentera Darat Utara, Kumpulan Tentera Darat Tengah, dan Kumpulan Tentera Darat A. Perubahan nama oleh Hitler bermaksud Kumpulan Tentera Darat Utara menjadi Kumpulan Tentera Darat Courland (Heeresgruppe Kurland), Kumpulan Tentera Darat Tengah menjadi Kumpulan Tentera Darat Utara (Heeresgruppe Nord) dan Kumpulan Tentera Darat A menjadi Kumpulan Tentera Darat Tengah (Heeresgruppe Mitte).

Pemencilan

Kumpulan Tentera Darat Courland terdiri daripada Tentera Darat Ke-16 Jerman dan Tentera Darat Ke-18 Jerman. Kedua-dua ketumbukan itu telah dihantar ke Courland sebahagiannya untuk melindungi tapak latihan bagi saki baki angkatan U-boot Nazi.[2]

Dilangkau oleh kemaraan utama Soviet, Kumpulan Tentera Darat Courland kekal tidak terusik. Walaupun hingga ke akhir perang, ketumbukan tersebut mampu meletakkan antara 24 hingga 31 buah divisyen, dengan jumlah tepat divisyen bergantung kepada berapa banyak divisyen yang kurang kuat atau berkaitan dikira.[2] Walaupun begitu, dengan membelakangi Laut Baltik, ia sebahagian besarnya juga kekal terputus dari bekalan semula, dan tidak mampu memecah keluar atau berpindah.

Kumpulan Tentera Darat Courland berjuang di enam pertempuran besar dalam Kelompok Courland antara 15 Oktober 1944, dan 4 April 1945.[petikan diperlukan] Tarikh bagi enam pertempuran itu adalah seperti berikut:

  1. Dari 15 Oktober 1944, hingga 22 Oktober 1944
  2. Dari 27 Oktober 1944 hingga 25 November 1944
  3. Dari 23 Disember 1944 hingga 31 Disember 1944
  4. Dari 23 Januari 1945 hingga 3 Februari 1945
  5. Dari 12 Februari 1945 hingga 19 Februari 1945
  6. Dari 17 Mac 1945 hingga 4 April 1945
Kata dua Soviet

Pada 7 Mei 1945, ketua negara (Staatsoberhaupt) dan Presiden (Reichspräsident) Jerman Karl Dönitz mengarahkan Kolonel Jeneral Carl Hilpert, menyerahkan Kumpulan Tentera Darat Courland. Hilpert merupakan panglima terakhir kumpulan tentera darat itu.[3] Hilpert menyerah diri bersama staf peribadinya, dan tiga divisyen Kor XXXVIII kepada Marsyal Kesatuan Soviet Leonid Govorov. Hilpert menghantar pesanan berikut kepada pasukannya: "Kepada semua perajurit! Marsyal Govorod (sic) telah bersetuju untuk gencatan senjata bermula tepat jam 14:00 pada 8 Mei. Pasukan akan diberitahu segera. Bendera putih akan dikibarkan. Panglima harap arahan akan diikuti, yang mana nasib semua askar Courland akan dijaga."[4]

Pada 8 Mei, Jeneral Rauser (Ketua Logistik Kumpulan Tentera Darat) berjaya mendapatkan syarat-syarat penyerahan kalah yang lebih baik dari pihak Soviet. Pada 9 Mei, suruhanjaya Soviet di Peilei mula menyoal siasat kakitangan tawanan Kumpulan Tentera Darat Courland. Pihak Soviet mula menghimpunkan kesemua askar-askar Jerman yang masih berada dalam Kelompok Courland.[5] Menjelang hujung 11 Mei askar-askar Barisan Lenigrad telah menguasai semenanjung Courland, menghampiri pantai Riga Bay dan Laut Baltik.[6]

Dari 9 Mei hingaa 12 Mei 140,408 anggota dan pegawai tanpa tauliah, 5,083 pegawai dan 28 jeneral dalam Kelompok Courland, menyerah diri. Kelengkapan yang dirampas dalam tempoh yang sama terdiri daripada 75 pesawat; 307 kereta kebal dan meriam gerak sendiri; 1,427 meriam; 557 mortar; 3,879 mesingan; 52,887 senapang dan sub-mesingan; 219 pengangkut anggota berperisai; 310 stesen radio; 4,281 kenderaan; 240 traktor, 3,442 pedati yang dipenuhi dengan kargo tentera, 14,056 ekor kuda.[7]

Pada 23 Mei, pengumpulan tentera Jerman oleh pihak Soviet di Kelompok Courland telah selesai. Sejumlah kitra-kira 180,000 askar Jerman telah ditawan. Pegawai tawanan Jerman telah diserahkan kepada NKVD. Sebahagian besar tawanan telah dibawa ke Valdai Hills.[5]

Kesudahan

Selepas menyerahkalah, sesetengah elemen Kumpulan Tentera Darat Courland secara singkat cuba membentuk dirinya sebagai Freikorps. Ini adalah satu tindakan yang serupa sama seperti pada pengakhiran Perang Dunia I, tetapi tidak normal bagi pengakhiran Perang Dunia II. Formasi Freikorps telah dihalang oleh pihak Soviet, yang jelas tidak mahu membenarkan tindakan tersebut berlaku oleh musuh yang telah kalah.[2] Di samping itu, pihak Soviet tidak berhasrat membenarkan Jerman terus menetap di kawasan Courland selepas perang.

Terdapat sejumlah askar Jerman, Estonia dan, Latvia mengelak dari ditangkap Soviet. Kira-kira 4000 askar Latvia lari ke hutan dan membentuk pasukan partisan untuk meneruskan perjuangan mereka terhadap Soviet dan mendapatkan kemerdekaan bagi Latvia yang diduduki Soviet.[8]