Kumpulan_Tentera_Darat_Kedua_Belas_Amerika_Syarikat
Kumpulan_Tentera_Darat_Kedua_Belas_Amerika_Syarikat

Kumpulan_Tentera_Darat_Kedua_Belas_Amerika_Syarikat

Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas Amerika Syarikat merupakan sebuah formasi Tentera Darat Amerika Syarikat yang terbesar dan terkuat yang pernah diletakkan di medan perang.[1] Ia menguasai majoriti tentera Amerika di Barisan Barat pada tahun 1944 dan 1945. Ia telah diperintah oleh Jeneral Omar Bradley dengan markas di London pada 14 Julai 1944.Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat Bradley, yang kemudian membentuk sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Kedua Belas, membentuk sayap kanan dalam garisan Bersekutu semasa Pendaratan Normandy dan Pertempuran Normandy. Pada Julai mereka disertai oleh Tentera Darat Ketiga AS, dibawah perintah Jeneral George S. Patton. Sehingga bulan September, apabila Jeneral Eisenhower mengambil alih pemerintahan seluruh angkatan tentera darat Bersekutu di Barat Laut Eropah, tentera A.S. di Normandy telah dimasukkan bersama Tentera Darat Kedua British dan Tentera Darat Pertama Kanada dalam formasi markas Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British, diperintah oleh Jeneral Montgomery.Selepas memecah keluar daripada tumpuan pantai di Normandy, Kumpulan Tentera Darat Ke-12 membentuk pusat tentera Bersekutu di Barisan Barat. Di utara ialah Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British (2 tentera darat medan yang diyatakan diatas) dan, di selatan, mara daripada pendaratan mereka di pantai Mediterranean, ialah Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat (Tentera Darat Ketujuh AS dan Tentera Darat Pertama Perancis).Sewaktu kemaraan Kumpulan Tentera Darat Ke-12 melalui Jerman pada tahun 1945, ia mengawal empat tentera darat medan: Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat, Tentera Darat Ketiga AS, Tentera Darat Kesembilan Amerika Syarikat dan Tentera Darat Kelima Belas Amerika Syarikat. Menjelang V-E Day, Kumpulan Tentera Darat Ke-12 merupakan sebuah ketumbukan yang berkekuatan lebih 1.3 juta askar.[2]