Kuasa Kurosaki_Ichigo

Kuasa shinigami

Ichigo, meskipun tidak mempunyai apa-apa jawatan formal shinigami, dia mampu berlawan pada tahap kaptan dan memiliki beberapa teknik yang berkuasa. Menurut Aizen dan Urahara, keupayaan Ichigo yang terhebat ialah kadar pembelajarannya; dia boleh menguasai teknik-teknik tahap tinggi dalam beberapa hari sedangkan biasanya, seseorang memerlukan masa beberapa minggu malah tahun untuk mengecapinya. Salah satu contoh kejayaannya ialah pembebasan tahap terakhir zanpakutōnya yang dikuasai oleh Ichigo dalam masa tiga hari. Seorang shinigami biasa perlu mempunyai pengalaman kombat beratus-ratus tahun dan mengikuti latihan khas selama 10 tahun untuk mencapai tahap yang sama. Tetapi, kejayaan Ichigo juga disumbangkan oleh aplikasi sesuatu alatan khas yang direka oleh Urahara bagi mempercepat proses pembelajaran. Dia juga dapat menguasai kemahiran langkah kilat dengan cepat di bawah ajaran Yoruichi.

Secara fizikal, Ichigo tidak mempunyai masalah kesihatan walaupun tidak berada dalam bentuk shinigami. Ichigo telah dilatih seni mempertahankan diri sejak kecil lagi (secara profesional dan oleh ayahnya yang menyerang anak lelakinya secara spontan di rumah). Dia juga sentiasa berlawan dengan kaki buli di sekolahnya dan lebih menonjol berbanding dengan Tatsuki, gadis kedua paling kuat di Jepun, sebelum mereka menuntut di sekolah menengah.

Ketika berada dalam tubuh shinigami, Ichigo mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dia boleh menghayunkan pedang raksasanya dengan mudah dan melompat beberapa tingkat tingginya ke udara. Ichigo juga pernah menewaskan tiga orang shinigami kelas leftenan tanpa menggunakan senjata. Malah, Ichigo berjaya memecahkan zanpakutō pada tahap pertama yang dimiliki oleh salah seorang daripada leftenan tersebut.

Dari segi gaya berlawan, Ichigo cenderung menggunakan zanpakutō dan langkah kilat. Hal ini menjadikan Ichigo seorang pakar pemain pedang. Ichigo tidak pernah diajar menggunakan kidō (seni syaitan) secara rasmi dan menghadapi masalah menumpukan kuasa semangatnya kepada sesuatu tempat.

Biasanya, apabila berada di dunia manusia, shinigami bertaraf kaptan dan leftenan akan mengehadkan kuasa mereka supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Oleh sebab Ichigo bukan shinigami yang berpangkat, dia tidak terikat kepada peraturan ini.

Kuasa hollow

Hollow Ichigo dan Ichigo yang asal

Kuasa semangat Ichigo tidak terbatas kepada keupayaan shinigami tetapi menjangkau kuasa hollow. Kuasa hollow itu diperoleh daripada latihannya dengan Urahara. Semasa Ichigo cuba menguasai minda dan tubuhnya semula sebagai shinigami, dia akan bertukar kepada hollow secara fizikal sementara jiwanya memendam semangat hollow.

Hollow Ichigo adalah lebih kejam daripada Ichigo yang asal tetapi kenyataan ini adalah biasa. Roh ini lebih yakin akan kehebatannya dan sering menyindir kelemahan Ichigo. Dia juga suka mencemuh kelemahan pihak lawan, bersifat sadis, dahagakan darah dan mempunyai hilai tawa yang ngeri. Mimik muka seperti orang gila dengan senyuman keji sering kelihatan pada wajahnya.

Kuasa hollow Ichigo berkembang dalam beberapa cara. Pada mulanya, topeng hollow Ichigo akan muncul pada anggota bahagian tertentu untuk melindungi tubuhnya daripada serangan maut. Ichigo tidak menyedari hakikat ini sehinggalah pertempuran berakhir. Semasa bertarung dengan Kuchiki Byakuya, topeng ini muncul pada mukanya ketika Ichigo berada di ambang maut. Pada ketika ini, hollow Ichigo mendominasi sehinggalah Ichigo memendam semangat hollownya. Situasi yang sama berulangan tetapi kadar bagi Ichigo untuk memendam hollow dalamannya bertambah tinggi. Namun begitu, apabila Ichigo cuba mengawal hollownya, Ichigo tidak akan dapat bergerak kerana tumpuannya lebih kepada memendam hollow daripada memenangi pertarungannya.

Semasa dirinya dikuasai oleh hollow Ichigo, dia dapat mengendahkan apa-apa kecederaan yang dialami dan menjadi lebih tangkas dan kuat daripada biasa. Arrancar Ulquiorra mendakwa bahawa kekuatan hollow Ichigo lebih tinggi daripadanya apabila ia menggila tetapi tidak berapa konsisten. Hal ini menyebabkan Ulquiorra melepaskan Ichigo ketika bersemuka buat kali pertama.

Semasa berlatih dengan vizard, tubuh fizikal Ichigo dikuasai sepenuhnya oleh hollow menyebabkannya berubah kepada hollow. Sebagai hollow sebenar, Ichigo mendemonstrasi beberapa keupayaan luar biasa seperti penjanaan semula pada kadar tinggi, anggota badan yang lebih kuat dan kebolehan menggunakan cero. Tetapi, keadaan ini tidak kekal apabila Ichigo pulih kepada keadaan shinigami yang asal.

Setelah mengikuti latihan dengan vizard, Ichigo boleh menggunakan topeng hollow dan pada masa yang sama, mengekalkan personaliti asal. Tetapi, dia hanya boleh bertahan selama 11 saat. Semasa transformasi, kuasa hollownya bertindak sebagai pelengkap kepada kuasa shinigaminya sekaligus meningkatkan kekuatan dan ketangkasannya.Tidak habis dengan itu,sebenarnya Ichigo mempunyai kuasa hollow yang bertahap vasto lorde[iaitu hollow lebih kuat daripada menos grandia dan menos wonderpiss].Sebagai contoh,ianya terbukti apabila ulquiorra menghadapi kecederaan yang sangat teruk ketika berhadapan dengan Ichigo yang tiba-tiba berubah menjadi hollow vasto lorde selapas pertarungan sengit berlaku antara mereka berdua dalam mangga chapter 350.

Zangetsu

Semangat Zangetsu dan Ichigo

Zanpakutō Ichigo bernama Zangetsu (斬月, pembelah bulan). Tidak seperti shingami lain yang boleh mengurung semula zanpakutō mereka selepas membebaskannya, zanpakutō Ichigo sentiasa berada dalam keadaan bebas (tahap pertama). Hal ini mungkin kerana Ichigo mempunyai kuasa semangat yang sangat besar. Yoruichi menyatakan bahawa zanpakutō Ichigo adalah jenis yang "bebas" pada setiap masa; apabila zanpakutō tersebut dibebaskan pertama kali, pedang tersebut akan sentiasa berada dalam keadaan tersebut.

Roh Zangetsu berupa seperti lelaki yang berumur 30 hingga 40an dan Ichigo memanggilnya "pak cik" (おっさん, ossan). Zangetsu juga pernah digelar sebagai "lelaki berpakaian hitam" (黒衣の男, kokui no otoko). Zangetsu digambarkan sebagai seorang yang bijak dan tenang dalam kebanyakan perkara dan gemar menguji Ichigo dengan beberapa kaedah ganjil yang selalunya mempunyai objektif tersirat.

Apabila Ichigo menjadi shinigami, zanpakutōnya hanyalah sebilah pedang yang lebih besar daripada biasa dan dilengkapkan dengan sarung pedang yang sama besar di belakangnya. Saiz ini disebabkan oleh kuasa semangat Ichigo yang besar dan tidak dikawal. Sebagai akibatnya, pedang tersebut lemah kerana sedikit kuasa semangat digunakan untuk menciptanya. Kuchiki Byakuya memotong sebahagian besar zanpakutōnya dalam pertarungan dan Urahara membelah pedang tersebut ke hulunya untuk memaksa Ichigo mempelajari nama zanpakutōnya supaya dapat membebaskan tahap pertama pedangnya.

Zangetsu yang dibebaskan pada tahap pertama kelihatan seperti pisau mencincang daging yang besar tanpa hulu tetapi lebih bernilai estetik. Pedang ini setinggi Ichigo iaitu 1.74 meter dan merupakan bilah hitam berhujung perak. Ichigo mengikat Zangetsu di belakangnya dengan kain yang dililitkan di pemegangnya. Apabila tidak digunakan, kain tersebut memanjang untuk menutupi keseluruhan pedangnya dan jatuh serta memendek apabila Zangetsu digunakan. Kain ini juga boleh digunakan untuk menghayun pedang tersebut dan disasarkan kepada lawan tetapi gaya ini jarang-jarang digunakan. Malah, cara ini hanya digunakan oleh hollow Ichigo di dunia semangat dalaman Ichigo semasa bertarung dengan Zaraki Kenpachi. Keupayaan istimewa Zangetsu ialah getsuga tenshō (月牙天衝, taring bulan memecah langit) yang menembak tenaga termampat dari mata pedang dan berbentuk seperti bulan sabit. Ichigo menggunakan keupayaan ini beberapa kali tanpa mengetahui namanya tetapi menguasai teknik ini setelah mempelajari namanya. Seperti yang dikatakan oleh Zangetsu, hakikat bahawa seseorang tahu atau tidak tahu tentang nama sesuatu serangan menyebabkan perbezaan yang besar dari segi kuasa yang dibebaskan oleh serangan tersebut.

Pembebasan tahap terakhir Zangetsu ialah Tensa Zangetsu (天鎖斬月, Rantaian Syurga Pembelah Bulan) dikatakan sangat berlainan dengan zanpakutō lain. Biasanya, satu makhluk yang besar akan dicipta dalam peringkat ini tetapi bagi Ichigo, pedangnya akan menjadi kecil dan panjang dengan bilah berwarna hitam dan rantai pendek yang tergantung di hulunya. Jubah shinigami Ichigo digantikan dengan kot hitam lengan panjang seperti pakaian Zangetsu.

Walaupun pembebasan tahap terakhir Ichigo berlaku dengan segera, transformasi asalnya mempunyai siri yang lebih panjang. Pertama, Ichigo menumpukan aura semangatnya ke sekitar tubuh dan pedangnya. Bahagian kain yang terlilit pada hulu pedangnya akan membalut tangan Ichigo dan satu tembakan dihalakan ke arah mata pedang tersebut ditujukan. Transformasi ini menghasilkan satu tornado dan mendedahkan Ichigo yang telah pun berada dalam tahap terakhir apabila anginnya lerai. Pada kebanyakan masanya, Ichigo melakukan pembebasan tahap terakhir yang lebih ringkas yang tidak membabitkan tembakan dari mata pedang dan kain yang melilit tangannya.

Kuchiki Byakuya menerangkan bahawa pembebasan tahap terakhir Ichigo memampatkan kuasanya dan bukan meluaskan keupayaan asal kuasa pedang. Kuasa yang termampat ini membolehkan Ichigo bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada langkah kilat dan mempunyai ketangkasan serta refleks yang dipertingkat. Kuasa baru ini tidak memberikan apa-apa keupayaan istimewa tambahan tetapi mempunyai getsuga tenshō berwarna hitam yang lebih berkuasa dan boleh ditentukan arahnya oleh Ichigo. Teknik ini ditunjukkan oleh hollow Ichigo dan pada mulanya membawa risiko untuk Ichigo bertukar kepada hollow jika digunakan terlalu kerap. Hal ini tidak lagi memberikan masalah setelah Ichigo berjaya menguasai hollow dalamannya.