Sejarah Kurosaki_Ichigo

Si kecil Ichigo

Ibu Ichigo, Kurosaki Masaki mula membawanya ke dojo untuk belajar karate apabla Ichigo berumur empat tahun. Di sana, dia bertemu dan berlawan dengan Arisawa Tatsuki dan dikalahkan beberapa kali olehnya. Tetapi, setiap kali hal ini berlaku, Ichigo akan mula menangis dan berhenti serta-merta apabila dipujuk oleh ibunya yang sangat rapat dengannya.

Apabila Ichigo berusia sembilan tahun, Masaki telah dibunuh oleh hollow Grand Fisher. Tetapi, Ichigo tidak menyedari hal sebenar sehinggalah bahagian awal cerita utama Bleach bermula; dia menyangka ibunya mati dihempap oleh sesuatu objek yang jatuh dari langit. Ichigo amat tergamam dengan peristiwa tersebut dan berdiri di tebing sungai tempat ibunya mati selama beberapa hari. Seluruh keluarga Kurosaki berubah selepas kematian Masaki - Karin menjadi lebih kental dan tidak menangis lagi sementara Yuzu mengambil alih tugas menjaga rumah. Sebelum menyedari kebenaran di sebalik pembunuhan ibunya, Ichigo menyalahkan dirinya kerana merayau terlalu dekat dengan sungai dan menyebabkan ibunya mengorbankan diri demi menyelamatkan Ichigo.

Tiga tahun sebelum cerita utama bermula, abang Inoue Orihime, Sora mati di klinik Kurosaki kerana kecederaan parah daripada satu kemalangan. Ichigo melihat Orihime meratapi kematian abangnya walaupun dia tidak mengenalinya sebagai Orihime sehinggalah beberapa ketika sebelum jalan cerita utama bermula.

Semasa di sekolah rendah, Ichigo bertemu dengan Sado Yasutora yang membantunya dalam satu perlawanan. Ichigo memanggilnya Chad setelah membaca tanda nama Sado yang boleh dibaca sebagai Chad atau pun Sado. Hingga kini, Ichigo masih memanggilnya Chad walaupun telah dibetulkan. Chad, walaupun gagah, sering menjadi sasaran dalam mana-mana perlawanan kerana dia enggan berlawan demi diri sendiri setelah berjanji dengan datuknya semasa kanak-kanak lagi. Apabila menyedari hakikat ini, Ichigo membuat satu perjanjian dengan Chad; Ichigo akan berlawan demi Chad dan begitu juga sebaliknya dalam apa-apa situasi.