LASIK

LASIK atau Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme ) yang popular dan berjaya di seluruh dunia. LASTIK dilakukan oleh ophthalmologist yang menggunakan laser[1] LASIK sama seperti prosedur pembetulan pembedahan yang lain seperti "photorefractive keratectomy", PRK, (juga dikenali sebagai ASA, Advanced Surface Ablation) sungguhpun ia menawarkan kelebihan seperti tempoh sembuh yang lebih singkat. Kedua-dua LASIK[2] dan PRK merupakan kemajuan berbanding radial keratotomi dalam rawatan pembedahan masaalah penglihatan, dan dengan itu merupakan pilihan lain kepada menggunakan cermin mata pembetulan atau kanta lengkap bagi ramai pesakit. Pembedahan LASIK buat kali pertama dijalankan lebih sepuluh tahun yang lalu, dan lebih 2 juta pembedahan LASIK sahaja telah dijalankan di Amerika Syarikat 2 tahun kebelakangan ini. Hari ini, prosedur ini banyak diamalkan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.