Labnah

Labnah (Bahasa Arab: لبنة‎, translit. labnah) atau yogurt Yunani (Bahasa Inggeris: Greek yogurt,[1] Bahasa Yunani: στραγγιστό γιαούρτι, translit. strangistó giaoúrti) dihasilkan dengan menapis yogurt susu untuk menyingkirkan banyak kandungan whey lalu memekatkan produk akhir sambil mengekalkan rasa masam yogurt asal. Meskipun produk ini dinamakan sedemikian, ia tidak sahaja digunakan dalam makanan Yunani tetapi juga masakan-masakan Syame, Mediterranean Timur, Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Selatan kerana kandungan lemak yang cukup tinggi untuk menahan suhu tinggi; hidangan ini sedemikian boleh dimasak atau mentah, gurih atau manis Susu mentah yang digunakan dalam pembuatan ini adakalanya diperkayakan sama ada dengan bahan penambah seperti lemak susu dan susu tepung, mahupun dikurangkan lemak terkandung.