Sejarah Laluan_Kelana_Jaya

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
  • 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
  • 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
  • November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Aliran Kelana Jaya.
  • 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Aliran Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga 71 juta untuk Aliran Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[3]
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[4] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Aliran Kelana Jaya (dan Aliran Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[5][6]
  • 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
  • 22 Julai 2015 – Berlaku kebakaran kecil pada bahagian brek kepada dua set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerabak, satu set berhampiran stesen Setiawangsa menuju ke stesen Gombak pada jam 8:12 pagi, manakala satu set lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca daripada kegagalan brek. Tiada kecederaan penumpang dilaporkan.

Rujukan

WikiPedia: Laluan_Kelana_Jaya http://www.bombardier.com/index.jsp?id=1_0&lang=en... http://www.malaysiaexpat.com/resources/transitmap/... http://www.sinisini.com/links/Rail_Transit_System.... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.thepricechat.com/train/planner.php http://myrapid.com.my http://www.myrapid.com.my/projects/lrt-line-extens... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20... http://www.prasarana.com.my/assets/route.html http://www.rapidkl.com.my/rapidbus_kljlrt.htm