Sistem Laluan_Kelana_Jaya

Landasan dan stesen

Stesen KLCC adalah salah satu dari lima buah stesen bawah tanah sepanjang Laluan Kelana Jaya. Stesen bawah tanah ini dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan.Stesen LRT Kuala Lumpur Sentral.Stesen Universiti pada waktu malam.

Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Gombak hingga ke Putra Heights yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 46.1 km ini ialah sistem transit aliran deras tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia yang menggunakan pergerakan tujahan kuasa magnet, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km).

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya bertingkat, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.

Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur bertingkat dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:

  • Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
  • Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
  • Tren tidak melangkau stesen.
  • Stesen dibina dengan platform lurus.
  • Lima stesen bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.

Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup terhad untuk menjaga keselamatan.

Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2017, kod stesen dinama semula dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.

Senarai stesen

KodNamaJenis platformKedudukanRuangan letak keretaPertukaran/Catatan
 KJ1 GombakTerminus (Tengah)Bertingkat1,441Dahulu dikenali sebagai Terminal PUTRA. Kompleks Parkir Bertingkat LRT Gombak dibina di sebelah dan hanya boleh dimasuki dengan kad MyRapid. Stesen ini akan menganggotai Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak pada 2019 dan dicadangkan untuk dijadikan stesen pertukaran dengan  ECR  East Coast Rail Link Fasa 1 pada 2024.
 KJ2 Taman MelatiSisiBertingkatDisediakan oleh DBKL
 KJ3 Wangsa MajuTengahBertingkatDisediakan oleh DBKL
 KJ4 Sri RampaiSisiSubpermukaanTiada
 KJ5 SetiawangsaTengahBertingkat125
 KJ6 JelatekSisiBertingkat292
 KJ7 Dato' KeramatSisiBertingkatTiada
 KJ8 Damai, MalaysiaTengahBertingkatTiada
 KJ9 Ampang ParkTengahBawah tanahTiadaBakal pertukaran  SSP16  untuk MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya.
 KJ10 KLCCTengahBawah tanahTiadaDapat mencapai  MR6  AirAsia-Bukit Bintang untuk KL Monorail dan  SBK18A  Pavilion KL-Bukit Bintang untuk Laluan Sungai Buloh–Kajang melalui Pavilion Kuala Lumpur, di samping  MR7  Raja Chulan untuk KL Monorail melalui Laluan Pejalan Kaki 1.2 km KLCC-Pavilion.
 KJ11 Kampung BaruTengahBawah tanahTiada
 KJ12 Dang WangiTengahBawah tanahTiada350 meter jalan kaki stesen kawasan berbayar keluar ke  MR8  Bukit Nanas untuk KL Monorail.
 KJ13  SP7  AG7 Masjid JamekTengahBawah tanahTiadaStesen pertukaran dengan  AG7  Laluan Ampang dan  SP7  Laluan Sri Petaling.
 KJ14  SBK16 Pasar SeniTengahBertingkatTiadaStesen pertukaran  SBK16  untuk MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang. Stesen perhubungan melalui jalan kaki of 250 meter stesen kawasan berbayar keluar ke  KA02  Kuala Lumpur untuk Laluan Seremban dan Laluan Pelabuhan Klang dan 2.6 km jalan kaki ke  MR3  Maharajalela untuk KL Monorail. Hab bas di bawah stesen untuk laluan bas ke Kajang, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam dan Klang.
 KJ15 KL SentralSisiBertingkatTiadaStesen kawasan berbayar keluar ke  KA01  KTM Laluan Seremban dan KTM Laluan Pelabuhan Klang,  KE01  KLIA Ekspres,  KT01  KLIA Transit, 200 meter jalan kaki ke  MR1  KL Sentral untuk KL Monorail dan 650 meter jalan kaki ke  SBK15  Muzium Negara untuk MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang. Bas pengantara T819 ke  SBK13  Pusat Bandar Damansara untuk Laluan Sungai Buloh–Kajang.
 KJ16 Bank Rakyat–BangsarSisiBertingkatTiada
 KJ17  KD01 Abdullah HukumSisiBertingkatTiadaStesen kawasan berbayar keluar ke bakal stesen  KD01  Eco City untuk Laluan Pelabuhan Klang. Stesen cadangan akan dibina di sebelah stesen Abdullah Hukum. Sambungan ke  KB01  Mid Valley di Laluan Seremban dibolehkan melalui laluan pejalan kaki (bukan linkway antara stesen). KL Eco City juga akan dibangunkan sebagai hab transit dengan cadangan Laluan MRT Lingkaran.
 KJ18 KerinchiSisiBertingkatTiada
 KJ19 UniversitiTengahBertingkatTiadaRapidKL Bus T789 ke Universiti Malaya dan T788 ke  KB01  Mid Valley di Laluan Seremban.
 KJ20 Taman JayaSisiBertingkatTiada
 KJ21 Asia JayaTengahBertingkatDisediakan oleh MPSJ
 KJ22 Taman ParamountTengahBertingkat68
 KJ23 Taman BahagiaSisiBertingkatDisediakan oleh MPSJ
 KJ24 Kelana JayaTengahBertingkat482Bekas terminus sebelum LRT dilanjutkan ke  KJ37  Putra Heights pada Jun 2016.

Dilayan oleh bas dan teksi. Juga terdapat parkir jangka panjang.

 KJ25 Lembah SubangSisiBertingkatTiadaStesen terletak di atas tanjakan landasan masuk depoh Lembah Subang. Bas pengantara T807 ke  SBK06  Surian untuk Laluan Sungai Buloh–Kajang.
 KJ26 Ara DamansaraTengahBertingkat817Stesen terminal untuk perkhidmatan waktu puncak antara Gombak dan Ara Damansara.
 KJ27 GlenmarieTengahBertingkat569Bakal pertukaran ke  BK7  Glenmarie di Laluan Bandar Utama–Klang.
 KJ28  KD09 Subang JayaTengahBertingkatDisediakan oleh KTMBStesen kawasan berbayar keluar ke  KD09  untuk Laluan Pelabuhan Klang dan bakal Laluan Skypark.
 KJ29 SS15TengahBertingkatTiada
 KJ30 SS18TengahBertingkatTiada
 KJ31  SB7 USJ7TengahBertingkatTiadaPertukaran dengan  SB7  BRT Laluan Sunway.
 KJ32 TaipanSisiBertingkatTiada
 KJ33 WawasanSisiBertingkatTiada
 KJ34 USJ21SisiBertingkat694
 KJ35 Alam MegahTengahBertingkat196
 KJ36 Subang AlamTengahBertingkat115
 KJ37  SP31 Putra HeightsTerminus (Tengah dan Sisi)Bertingkat452Terminus selatan Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya.

Pertukaran rentas platform ke  SP31  LRT Laluan Sri Petaling.

Stok kereta api

Laluan ini menggunakan tren berteknologi Bombardier Advanced Rapid Transit (Mark II) yang menggunakan motor linear.

Rujukan

WikiPedia: Laluan_Kelana_Jaya http://www.bombardier.com/index.jsp?id=1_0&lang=en... http://www.malaysiaexpat.com/resources/transitmap/... http://www.sinisini.com/links/Rail_Transit_System.... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.thepricechat.com/train/planner.php http://myrapid.com.my http://www.myrapid.com.my/projects/lrt-line-extens... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20... http://www.prasarana.com.my/assets/route.html http://www.rapidkl.com.my/rapidbus_kljlrt.htm