Laluan_Sutera
Laluan_Sutera

Laluan_Sutera

Laluan Sutera atau Jalan Sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Pada zaman sekarang, Laluan Sutera merujuk kepada laluan-laluan utama di darat dan lautan sekitar benua-benua tersebut.Orang pertama yang menggunakan istilah "Seidenstra├če(n)" atau "Jalan Sutera", ialah seorang ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen pada tahun 1877. Laluan Sutera dinamakan sempena perdagangan sutera yang meluas di China, salah satu punca laluan-lauan perdagangan terawal dihubungkan menjadi rangkaian antara benua yang meluas.[1][2][3]