Pengenalan Lapan_Gerbang_Seoul

lokasi 8 gerbang dan 2 istana (Gyeongbokgung, Changdeokgung)

Lapan Grebang scara kasarnya berdasarkan kira-kira empat arah mata angin dan empat arah perantaraan kompas. Daripada lapan pintu itu, Utara, Selatan, Timur, dan Barat dikenali sebagai "Empat Gerbang Hebat" (사대문), sementara Gerbang Barat Laut, Timur Laut, Tenggara, dan Barat Daya dikenali sebagai "Empat Gerbang Kecil" (사소문).

Daripada lapan gerbang tersebut, dua buah (Barat dan Barat Daya) tidak lagi wujud. Memorial kini diletakkan kira-kira di mana pintu Barat dan Barat Daya pernah berada (Julai 2012). Terdapat perbincangan dan pengumuman untuk membina semula Gerbang Barat,[1] tetapi kini, Gerbang Barat hanya diganti secara maya untuk tatapan umum memandangkan pembinaan asal menghadapi cabaran dari segi masalah pampasan dan aliran trafik di tengah kota Seoul[2].

Pada 10 Februari 2008, Gerbang Selatan telah rosak teruk dalam kebakaran yang dinyalakan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Gerbang itu dibina semula dan mengambil masa selama lima tahun, dan dibuka semula kepada orang ramai pada 4 Mei 2013.[3] Pintu gerbang ini mempunyai kedudukan Khazanah Negara No. 1 Korea Selatan. Daripada lapan buah gerbang tersebut, gerbang Selatan dan Timur adalah yang terbesar, dan kedua-duanya terletak di kawasan pasar yang sibuk (Pasar Namdaemun dan Pasar Dongdaemun).

Di samping lapan gerbang mata angin, banyak gerbang lain yang mempunyai sejarah penting di Seoul, seperti Gwanghwamun, pintu utama Istana Gyeongbokgung; Daehanmun, pintu utama Istana Deoksugung; Dongnimmun, juga dikenali sebagai Gerbang Kemerdekaan; dan saki-baki Yeongeunmun, terletak di sebelah Dongnimmun di Taman Kemerdekaan Seodaemun Seoul.

Rujukan

WikiPedia: Lapan_Gerbang_Seoul http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2009/... http://www.exploringkorea.com/gwanghuimun-gate/ http://www.exploringkorea.com/heunginjimun-gate/ http://www.koreaaward.com/kor/index.php?mid=news_t... http://www.travelerstoday.com/articles/6237/201305... http://www.mcst.go.kr/english/issue/issueView.jsp?... http://www.mcst.go.kr/english/koreaInfo/news/newsV... http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1... http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1... http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1...