Laut Kara (
Bahasa Rusia: Ка́рское мо́ре, Karskoye more) adalah sebahagian daripada
Lautan Artik utara
Siberia. Ia dipisahkan dari
Laut Barents ke barat oleh
Selat Kara dan
Novaya Zemlya, dan
Laut Laptev ke timur oleh gugusan pulau
Severnaya Zemlya. Ia dinamakan sempena
Sungai Kara (mengalir ke dalam
Teluk Baydaratskaya), yang kini agak tidak penting tetapi yang memainkan peranan yang penting dalam penaklukan Rusia di utara Siberia.
[2] Perkataan "kara" diambil daripada
kara, yang dalam beberapa
bahasa Turkik bermaksud "hitam" dan juga
melambangkan "utara".Had utara Laut Kara ditandakan secara geografi oleh garis yang bermula dari
Cape Kohlsaat di
Pulau Graham Bell,
Franz Josef Land, ke
Cape Molotov (Tanjung Artik), titik paling utara
Pulau Komsomolets di
Severnaya Zemlya.Laut Kara adalah lebih kurang 1,450 kilometer panjang dan 970 kilometer lebar dengan keluasan sekitar 880,000 km2 (339,770 bt2) dan kedalaman min 110 meter (360 ka).Berbanding dengan Laut Barents, yang menerima arus agak panas dari
Atlantik, Laut Kara adalah lebih sejuk, kekal beku selama lebih sembilan bulan dalam setahun.Kara menerima sejumlah besar
air tawar dari sungai-sungai
Ob,
Yenisei,
Pyasina, dan
Taimyra, jadi kemasinannya adalah berubah-ubah.Pelabuhan utamanya ialah
Novy Port dan
Dikson dan penting sebagai tempat
menangkap ikan walaupun laut itu dilitupi ais untuk sepuluh bulan dalam setahun. Penemuan besar
petroleum dan
gas asli,
medan East-Prinovozemelsky, lanjutan daripada
Lembangan Minyak Siberia Barat, telah dibuat tetapi masih belum dibangunkan. Pada tahun 2014, sekatan kerajaan AS menyebabkan
Exxon menghentikan operasinya di Laut Kara.
[3]