Lazuardi
Lazuardi

Lazuardi

Lapis lazuli merupakan sejenis batu separa pemata yang agak jarang ditemui dan diminati ramai sejak dahulu kala kerana warna birunya yang amat indah menyejukkan mata yang memandang.Lapis lazuli pernah dicari gali di wilayah Badakhshan di Afghanistan sejak seawal alaf ke-3 SM,[1] apalagi terdapat punca lapis lazuli yang ditemui di sejauh timur kawasan sekitar Tasik Baikal di Siberia. Perdagangan dalam batu permata ini cukup purba untuk meninggalkan barang kemas buatan lapis lazuli yang ditemui di tapak-tapak Mesir Prawangsa dan Sumeria purba, dan juga manik lapis lazuli di tapak pengebumian neolitik di Mehrgarh, Kaukasus, dan sejauh-jauhnya dari Afghanistan seperti Mauritania.[2]

Berkaitan