Sumber Lazuardi

Lapis lazuli ditemui dalam batu kapur di lembah Sungai Kokcha di wilayah Badakhshan, timur laut Afghanistan, di mana endapan lombong Sar-e-Sang telah diusahakan selama lebih 6,000 tahun.[7] Afghanistan merupakan sumber belakang lapis lazuli untuk tamadun Mesir dan Mesopotamia purba, dan juga Yunani dan Rom yang menyusuli. Pada kemuncak tamadun lembah Indus sekitar 2000 SM, jajahan Harappa yang kini bergelar Shortugai telah ditubuhkan dekat dengan lombong lapis.[2]

Selain endapan Afghanistan, lapis lazuli telah sekian lama digali di Andes (dekat Ovalle, Chile), kawasan Tasik Baikal di Russia; Siberia; Angola; Argentina; Myanmar; Pakistan; Kanada; India; dan negeri California dan Colorado di Amerika Syarikat.