Kegunaan Lazuardi

Lapis lazuli boleh digilap hingga berkilau sekali dan dibuat kepada barang kemas, hasil ukiran, peti, mozek, barang hiasan, dan pasu bunga. Lapis lazuli juga dikisar dan diproses untuk membuat pigmen biru pekat untuk membuat cat tempera dan jarang-jarang sekali cat minyak. Kegunaannya sebagai pigmen untuk cat minyak berakhir pada awal abad ke-19 apabila terdapatnya pigmen buatan yang seiras dengannya iaitu "biru pekat Perancis".

Sejarah penggunaan

Di Mesir purba, lapis lazuli digemari untuk membuat tangkal hiasan seperti tangkal kumbang; ia juga digunakan di Mesopotamia purba oleh kaum Sumeria, Akkad, Assyria, dan Babylon untuk membuat mohor dan batang kemas. Barang kemas lapis lazuli telah ditemui di tapak penggalian Mesir Prawangsa di Naqada (3300–3100 SM). Serbuk lapis lazuli pernah digunakan sebagai pembayang mata oleh Cleopatra.[2]Di Mesopotamia, artifak lapis lazuli amat banyak ditemui, terutama sekali di Permakaman Diraja Ur (2600-2450 BC).[8] Patung Ebih-Il abad ke-25 SM yang ditemui di Mari, Syria menggunakan inlai lapis lazuli yang diimport dari sejauh timur Afghanistan.[9]

Pada zaman purba, lapis lazuli disamakan dengan nila[10] iaitu nama yang kini memaksudkan batu jenis korundum biru.