Lea_Michele
Lea_Michele

Lea_Michele

Lea Michele Sarfati[nota 1] (lahir 29 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan penulis Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak di pentas Broadway, muncul dalam penerbitan Les Misérables, Ragtime, Fiddler on the Roof, dan Spring Awakening. Michele terkenal dengan watak Rachel Berry dalam siri Fox Glee (2009–2015), yang mana beliau menerima Anugerah Satellite, Anugerah Screen Actors Guild, dan tiga People's Choice Awards berturut-turut. Beliau seterusnya muncul sebagai Hester Ulrich dalam siri Fox Scream Queens (2015–2016). Michele disenaraikan sebagai Valentina Barella di sitkom ABC yang akan datang The Mayor.Michele membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem New Year's Eve (2011), dan mengikat kontrak bersama Columbia Records pada 2012. Beliau melancarkan single sulungnya pada tahun itu, "Cannonball", diikuti oleh album sulungnya, Louder (2014), yang menduduki nombor 4 di carta Billboard 200 di Amerika Syarikat.[1] Tiga tahun kemudian, beliau melancarkan album keduanya, Places (2017), yang menaiki nombor 28 di carta Billboard 200. Michele telah menerbitkan dua buku, Brunette Ambition (2014) dan You First: Journal Your Way To Your Best Life (2015).

Lea_Michele

Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • penulis lagu
  • pengarang
Tahun aktif 1995–kini
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Columbia
Laman sesawang leamichele.com
Pendidikan Tenafly High School
Kelahiran Lea Michele Sarfati
(1986-08-29) 29 Ogos 1986 (umur 33)
The Bronx, New York, A.S.
Genre
Tahun aktif 1996–kini
Kediaman Los Angeles, California, A.S.