Legiunea_Arhanghelului_Mihail
Legiunea_Arhanghelului_Mihail

Legiunea_Arhanghelului_Mihail

Legiunea Arhanghelului Mihail (dalam bahasa Romania bermaksud "Legion Malaikat Mikail") ialah sebuah parti politik berfahaman jauh kanan anti-komunis, anti-Samawi dan anti-Roma[1][2] yang wujud di negara Romania dari tahun 1926 sehingga menjelang Perang Dunia Kedua. Ia turut dikenali dengan jolokan "Pengawal Besi" (Bahasa Romania: Garda de fier), atau "Baju Hijau" (Cămășile verzi) kerana pakaian seragam mereka.[3]Parti ini ditubuhkan Corneliu Zelea Codreanu setelah meninggalkan Liga Pertahanan Kristian Kebangsaan (Liga Apărării Național Creștine)[4] Parti ini mendapat perhatian dalam kalangan lepasan universiti yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapat peluang pekerjaan, terutamanya semasa Kemelesetan Besar; para graduan ini termakan mesej yang dibawa parti ini konon-kononnya masyrakat Yahudilah yang menghalang mereka daripada peluang pekerjaan yang diingini itu.[5]Parti ini bertindak melakukan banyak pembunuhan ahli politik sebaik sahaja berada dalam tampuk pemerintahan Romania (Negara Legioner Kebangsaan Romania), antaranya lebih 60 orang ternama serta juga tokoh tinggi seperti mantan Perdana Menteri Nicolae Iorga.Legion ini dihapuskan askar-askar Ion Antonescu pada Januari 1941 selepas kelompok tersebut memberontak akibat perselisihan faham antara mereka dengan Antonescu.[6]