Lembaga_Urus_Air_Selangor
Lembaga_Urus_Air_Selangor

Lembaga_Urus_Air_Selangor

Lembaga Urus Air Selangor atau singkatannya LUAS adalah sebuah agensi setempat pengurusan sumber air dan lembangan sungai di Selangor. Ia ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Pada 18 September 1999, majlis pelancaran LUAS telah disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama pada masa itu. Ir. Hj. Rahmat B. Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang termasuk Pengarah.