Peranan Lembaga_Urus_Air_Selangor

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui kerajaan negeri Selangor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sumber air dibawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 ;

Menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah. Seksyen 41(1)

2. Memandangkan LUAS dipertanggungjawabkan dalam kawalan ke atas penggunaan sumber air, maka ;

Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa. Seksyen 41(2)

3. Kawalan ke atas penggunaan sumber air dibuat melalui ;

Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka. Seksyen 6(1)(n)

Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain. Seksyen 44(1)(a)


4. Jika didapati ;

Mana-mana orang yang, tanpa kelulusan dari LUAS mengeluar, menggunakan atau melencongkan air atau sumber air yang lain adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 107