Letupan_Halifax
Letupan_Halifax

Letupan_Halifax

Letupan Halifax berlaku pada pagi 6 Disember 1917 berdekatan bandar Halifax, Nova Scotia, Kanada. Sebuah kapal kargo Perancis, SS Mont-Blanc, yang membawa muatan terdiri daripada bahan letupan, berlanggar dengan kapal Norway, SS Imo[1] di selat Narrows yang menghubungkan Pelabuhan Halifax dengan Lembangan Bedford. Kira-kira 20 minit kemudian, kebakaran pada kapal Perancis itu mencetuskan letupan kargonya, menyebabakan ledakan yang amat kuat yang meranapkan Daerah Richmond Halifax. Kira-kira 2,000 orang maut akibat kebakaran, serpihan dan runtuhan bangunan, sementara dianggarkan 9,000 orang lagi mengalami kecederaan.[2]