Lif angkasa lepas ialah
lif yang direka untuk menghantar
bahan dari permukaan
bumi ke
angkasa lepas. Banyak cadangan telah diusulkan dan melibatkan perjalanan melalui struktur dan bukan dengan menggunakan
roket. Konsepnya sering kali merujuk kepada struktur yang menjangkau
orbit geopegun dari permukaan
bumi.Konsep lif angkasa lepas bermula dari idea seorang saintis
Rusia Konstantin Tsiolkovsky, yang pada tahun 1985 mengajukan struktur pemampatan atau yang disebut Menara Tsiolkovsky.Lif angkasa lepas juga kadangkala disebut jambatan angkasa lepas, tangga menuju angkasa lepas, menara orbit, atau lif orbit.
Teknologi pada masa ini tidak mampu mencipta struktur yang kuat namun juga ringan untuk lif angkasa lepas. Hal ini disebabkan jumlah
massa untuk pembinaan jika menggunakan bahan konvensional terlalu besar. Konsep rekaan terbaru dari pembuatan lif angkasa lepas ialah penggunaan bahan berasakan
karbon nanotiub. Ia telah diketahui bahawa kekuatan bahan karbon nanotiub dalam skala mikroskopik sangat kuat jika dibandingkan dengan bahan lain yang ada sehingga secara teoretik dapat digunakan untuk pembuatan lif angkasa lepas. Bahan terbaru dapat digunakan dalam pembuatan lif ke tempat lain di sistem suria, seperti
Marikh, yang memiliki gravitasi yang lebih lemah daripada Bumi.
[1]