Liga_Premier_Malaysia
Liga_Premier_Malaysia

Liga_Premier_Malaysia

Liga Premier Malaysia atau Liga Premier merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia. Liga ini menggantikan liga tahap dua sebelum ini iaitu Liga Perdana 2.Liga Premier Malaysia dipertandingan di antara 12 buah kelab bola sepak. Musim liga berlangsung dari awal bulan Febuari sehinga penghujung Oktober dengan waktu cuti pada bulan Ramadhan untuk tempoh sebulan. Pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan (setiap pasukan bermain dua kali, sebagai tuan rumah dan pelawat), di mana sebanyak 132 perlawanan diadakan dalam semusim.[1] Kebanyakan perlawanan diadakan pada hari Jumaat dan beberapa perlawanan pada hari bekerja.Liga Premier Malaysia beroperasi dengan sistem naik dan turun liga dengan pertandingan Liga Super Malaysia.Bermula musim 2016, liga ini dikenali sebagai 100Plus Liga Premier Malaysia atas sebab penajaan.[2]