Lingkaran_Gould

Lingkaran Gould ialah sekumpulan bintang yang membentuk bulatan yang separuh. Lingkaran ini sangat luas dan dianggarkan mempunyai diameter kira-kira 3,000 tahun cahaya. Dalam kiraan bumi, anggarannya adalah lebih kurang 18,000,000,000,000,000 batu atau 28,000,000,000,000 km[1]. Ia condong kepada paksi galaksi dalam 16 ke 20 darjah. Lingkaran Gould mengandungi bintang jenis O dan B, dan mewakili lengan pilin tempatan di mana Matahari adalah ahlinya - kira-kira 325 tahun cahaya dari pusatnya. Ia adalah 30 ke 50 juta tahun, dan asalnya tidak diketahui. Ia yang dinamakan sempena Benjamin Gould, yang menjumpainya pada tahun 1879[2][3][4].